Pejabat Arabicara di Sg Buloh

tentang kami

Arabicara mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2014 setelah menyedari kepentingan penggunaan bahasa arab kepada masyarakat yang ingin tahu dan mahu bertutur dalam bahasa arab. Tumpuan program-program kami adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan bertutur dalam bahasa arab dan menghidupkan suasana bahasa arab tanpa had masa dan tempat serta menjadi teman bicara mereka dalam apa jua keadaan situasi yang mereka hadapi.

misi
&
visi

Arabicara ditubuhkan atas satu visi yang utama iaitu “Ta’rib Maaliziyya” atau dalam terjemahan bahasa melayunya, meng-arab-kan Malaysia. Kami percaya visi ini mampu direalisasikan dengan kesedaran semua pihak dalam penggunaan bahasa ketiga sebagai bahasa seharian mereka. Sejajar dengan tujuan ini, kami menerapkan nilai-nilai berikut dalam amalan organisasi ini:

  1. Menggalakkan inovasi dan perkembangan modul
  2. Memberi bimbingan penuh kepada para instruktor kami
  3. Meraikan pencapaian dan menghargai setiap kenaikan prestasi

Arabicara juga telah meletakkan satu garis panduan bagi melaksanakan visi ini dengan 6 Rukun Asas berikut:

  1. Keluarkan Suara
  2. Lembutkan Lidah
  3. Intonasi
  4. Huruf Maad Dijaga
  5. Spontan
  6. Berterusan
Close Menu