Kami adalah pilihan No. 1,
Pembelajaran Atas Talian.
Arabicara mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2014 setelah menyedari kepentingan penggunaan bahasa arab kepada masyarakat yang ingin tahu dan mahu bertutur dalam bahasa arab.
Tumpuan program-program kami adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan bertutur dalam bahasa arab dan menghidupkan suasana bahasa arab tanpa had masa dan tempat serta menjadi teman bicara mereka dalam apa jua keadaan situasi yang mereka hadapi.
Belajar Bercakap Arab Dengan Kami!
Pengasas Arabicara
“Belajar bahasa Arab bagaikan satu pengambaraan. Sungguh indah hati dan lidah yang berfungsi. Mulakan salam dengan suara.”
Ustaz Masran bin Arshad
Belajar Bercakap Arab, Dengan Cara Paling Mudah!
- Silibus Padu
- Mudah Faham
- Fleksibel Masa
- Suasana Bercakap
- Teman Berbicara
- Seronok & Gembira
Modul khas ini disediakan oleh Arabicara dan diselia bimbing oleh ustaz/ustazah di grup pada setiap hari.
Konsep asas Arabicara Telegram adalah bercakap, bercakap dan terus bercakap. Manakala modul dan tugasan yang diberi hanyalah sebagai tambahan. Lagi banyak anda bercakap, lagi banyak manfaat yang diperolehi. Lagi cepat anda pandai bercakap bahasa Arab!
Program Bicara Telegram ini adalah kelas yg berterusan, yg merangkumi 6 tahap keseluruhannya. Kursus kami lebih kepada pendedahan dan pengukuhan dalam perbualan-perbualan harian. In shaa Allah dengan menyertai program ini kami yakin dengan bantuan ustaz & ustazah di dalam kelas, pengetahuan dan pertuturan bahasa arab tuan/puan akan bertambah baik.